BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

and it flows..

Tuesday, 7 May 2013

Maka?

atas nama kemajuan,
maruah digadaikan,
huru-hara diutamakan.
mana hilangnya sopan?
punah adab pertuturan,
keji menjadi sanjungan.

aku hairan.


sekian lama persahabatan,
asal usul tiada batasan,
kini jejas, dipersoalkan.
segelintir memberi alasan,
'collateral damage' efek perjuangan.
hak siapa yang kau juangkan?

aku geram.


jangan kau sentuh.
hubungan yang telus,
nan sekian lama berteguh,
mudah kah dilupus?

siapa yang diperbodohkan?
lembu dicucuk hidung hanya menurut kata
taksub diheret tuan
yang sendiri samar hala.

jangan bodohkan diri
mana akal fikiran dan hati?
tidak kah masih berfungsi?
tidak perlu kata keji
yang dilaung disana sini
tidak perlu ulangan aksi
mencela malam hingga ke pagi

perubahan boleh berlaku,
tapi dengan menghormati individu.

Sedih aku.



Emma Abdul Manaf * Tuesday 1345hrs May 7, 2013 * Subang One Soho


0 comments:

Today's Prayer Times